Soalan Latihan perayaan


Latihan Pemahaman


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut.
Perayaan Di Malaysia    
                                     Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu Melayu, Cina, dan India.Semua kaum mempunyai hari kebesaran masing-masing.Bagi masyarakat Melayu, mereka menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban.Tahun Baru Cina pula disambut oleh masyarakat Cina, manakala Kaum India akan merayakan Deepavali.
                                    Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa.Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan.Sepanjang bulan Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya.Hari Raya ini disambut dengan kesyukuran.Umat Islam bermaaf-maafan dan kunjung-mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.
                                    Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Islam di seluruh dunia.Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam.Selepas bersembahyang ibadah korban dengan menyembelih lembu, kerbau, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya golongan fakir miskin.
                                    Tahun Baru Cina pula disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina.Setiap tahun perayaan Tahun Baru Cina akan disebut dengan nama-nama haiwan yang tertentu.Setiap haiwan ini member makna dan tuahnya yang tersendiri.Pada malam Tahun Baru Cina semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama .Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, Tarian Singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang merayakan perayaan tersebut.Penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina ialah Perayaan Chap Goh Meh.
                                    Manakala Deepavali pula disambut oleh masyarakat Hindu.Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Pada pagi hari masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi.Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil.Selepas sembahyang mereka berkunjung ke rumah kaum
keluarga.Biasanya surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan akan dibawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara –mara mereka.


Cari makna bagi perkataan di bawah.

1.majoriti
2.kesyukuran
3.masyarakat
4.berkat
5.berkunjung

1.Apakah perayaan utama yang disambut oleh masyarakat Islam?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
2.Bilakah umat Islam menyambut Hari Raya Korban?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
3.Apakah tujuan diadakan Tarian Singa sepanjang sambutan Tahun Baru Cina?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
4.Pada pendapat anda apakah tujuan berkunjung ke rumah saudara-mara mereka semasa sambutan perayaan Deepavali?
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………     

SOALAN LATIHAN

1. Nyatakan kitab suci bagi penganut agama Islam.
2. Nyatakan kitab suci bagi penganut agama Buddha.
3. Nyatakan tempat beribadat kaum yang menganut agama 
    Hindu.
4. Nyatakan kitab suci bagi penganut agama Hindu.
5. Kaum apakah yang selalunya menganut agama Hindu?
6. Nyatakan tempat beribadat kaum yang menganut agama
    Kristian.
7. Nyatakan kitab suci bagi penganut agama Kristian.
8. Kaum apakah yang selalunya menganut agama Kristian.
9. Apakah tujuan adat merisik dijalankan?
10. Apakah tujuan adat meminang dijalankan dalam kaum
      Melayu?
11. Mengapakah kita harus mengamalkan adat yang diwarisi 
      turun temurun?
12. Hari bertunang kaum Cina dilakukan berdasarkan
      kalendar apa?
13. Nyatakan adat-adat urusan perkahwinan kaum India.
14. Pada pendapat anda,perlukah kita mematuhi adat pada 
      zaman ini?




                                                                                           








No comments:

Post a Comment