aktiviti


Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum kerana inilah
Malaysia menjadi salah satu Negara yang unik kerana setiap tahun kita merayakan pelbagai perayaan. Untuk tugasan seterusnya anda dikehendaki pergi ke check point Perayaan sepanjang tahun Negaraku Malaysia untuk menyelesaikan teka silang kata yang berasaskan perayaan di Malaysia. Hint: check point Negeri Ku Tercinta peta yang diberi. "


 


Perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia setiap tahun.

1. Perayaan yang disambut suku kaum cina.
2. Perayaan yang akan disambut pada 8 November 2007.
3. Perayaan yang disambut oleh umat islam setelah berpuasa selama sebulan.
4. Umat islam akan menyambut hari raya………….selepas menyambut hari raya.
5. Kaum suku iban akan meraikan pesta ………pada 31 Jun setiap tahun.
6. Diraikan pada setiap 25 disember.
7. Pesta…….diraikan oleh masyarakat kadazan/dusun di Sabah.
8. Hari ……… akan disambut pada 31 ogos setiap tahun.
9. Pesta kuih……….akan disambut setiap tahun oleh masyarakat cina.



 
Lirik Lagu Bahasa Menjunjung Bangsa
Mari bangsaku mari saudara
Kita gunakan bahasa bonda
Sebagai lidah penggugah rasa
Cinta bahasa cinta budaya

Demi cinta kepada budaya
Kita penatar bahasa bonda
Bahasa maju budaya jaya
Maruah bangsa terpelihara

(korus)
Cintailah bahasa ibunda
Cintailah budaya pusaka
Bahasa yang menjunjung budaya
Budaya nilai maruah bangsa

(Ulangi korus sekali lagi)

Penyanyi: Imran Ajmain
Lagu: Abdollah Lamat
Seni kata: Muhammad Ariff Ahmad


                                       Membaca Pantun Hari Raya
 
Kad ucapan penganti diri,
Semoga berbahagia di aidilfitri,
Kepulangan perantau dipagi raya,
menyambut syawal bersama keluarga.
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Kod: PHR 101
Kod: PHR 102
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.
Kod: PHR 103
Kod: PHR 104
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.
Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.
Kod: PHR 105
Kod: PHR 106
Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.
Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.
Kod: PHR 107
Kod: PHR 108
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
Puasa itu satu perintah,
Oleh Allah yang maha perkasa,
Perintah itu jangan dibantah,
Wajibnya itu pada yang berkuasa.
Kod: PHR 109
Kod: PHR 110
Hari raya hari yang berkat,
Bermaaf-maafan sesama saudara,
Hai maknusia bulatkan tekad,
Perintah Allah laksanakan segera.
Sehari sudah lesu berpuasa,
Hidangan berbuka sudah tersedia,
Jangan kamu membazir masa,
Mulai beribadat semasa belia.
Kod: PHR 111
Kod: PHR 112
Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman,
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.
Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya,
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya.
Kod: PHR 113
Kod: PHR 114
Lemah lembut tuan puteri,
Berhias pandai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.
Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.
Kod: PHR 115
Kod: PHR 116
Udara dingin hening pagi,
Tabuh bising mulakan hari,
Aidilfitri menjelma lagi,
Masing-masing pakai berseri.
Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.
Kod: PHR 117
Kod: PHR 118
Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.
Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.
Kod: PHR 119
Kod: PHR 120
Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keris,
Berbunyi mercun berdentum-dentam,
Riang gembira di Hari Raya.



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

Mata Pelajaran                        : Bahasa Melayu Tahun Enam
Tahun                                      : 6 Elit
Bilangan Murid                        : 32 orang
Tema                                       : Perayaan Di Malaysia
Tarikh                                      : 17 Oktober 2012
Masa                                       : 60 minit
Objektif                                   : Pada akhir pengajaran ini murid dapat:
(i)Menyatakan tentang pengalaman mereka meyambut perayaan     secara lisan.
(ii)Membaca dan menyatakan lima isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia.
(iii)Murid dapat menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan.
Hasil Pembelajaran                 :1.1-Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian  
Dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1(i)Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1-Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Aras 2(i)Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.
            (ii)Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras  3(i)Menyediakan perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk.
Kemahiran Bahasa                 :Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar
Sistem Bahasa                                    :Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk,sebutan dan intonasi.
Ilmu                                         : Bahasa Melayu/Kebudayaan
Nilai                                         : Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai
Kemahiran Bernilai Tambah   : Kemahiran berfikir- membuat perpezaan,membuat inferans
                                                  Kemahiran Belajar- menerima maklumat, memproses dan
                                                  Melaporkan.
                                                  Kecerdasan pelbagai- kinestetik,intrapersonal,interpersonal,
                                                  Naturalis dan emosi.
Pengetahuan Sedia Ada         : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka
                                                  Mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara
                                                  Berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.
Penyerapan Isi                                    : Kajian Tempatan, Masyarakat majmuk
Bahan Bantu Mengajar           : Kad Gambar,Petikan, Pita Rakaman, Buku Latihan,Lembaran
                                                  Kerja.


Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Catatan/Impak
Set Induksi
(5 minit)
(i)Guru menampalkan kad gambar di papan yang berkaitan dengan jenis-jenis perayaan yang terdapat di Malaysia sambil bersoaljawab dengan murid.
(i) Murid diminta untuk melihat gambar dan menghayatinya.
(ii)Murid diminta untuk membezakan jenis perayaan mengikut kaum dan menceritakan pengalaman mereka.
(iii)Guru menjelaskan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan dipelajari pada hari ini.

Kemahiran berfikir;
Inferens,membuat perbandingan kad gambar-gambar perayaan.
Langkah 1
(15 minit)
Guru memberi teks cerita yang bertajuk “Perayaan di Malaysia”
Soaljawab secara lisan










Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
(i)Murid dikehendaki membaca petikan secara senyap.
(ii)Murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonasi serta gaya yang betul.
(ii)Murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut.
(iii)Guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan.
(iv)Murid dikehendaki memberi  lima makna perkataan berdasarkan petikan yang dibaca.
(v)Murid dikehendaki menjawab lima soalan pemahaman dengan ayat yang lengkap berdasarkan petikan yang diberi.

Petikan
Nilai jujur
Langkah 2
(15 minit)
Guru membentuk kumpulan perbincangan di kalangan murid dan diminta membentangkan hasil kerja mereka.
Guru mengawasi dan membimbing murid mengikut kumpulan.
Guru memberi peneguhan kepada murid yang member jawapan yang betul.
(i)Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
(ii)Murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan.
(iii)Murid dikehendaki membentangkan perbezaan antara perayaan yang terdapat di Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka.
(iv)Guru meminta kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
(v)Guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan isi pembentangan dan meminta percambahan pendapat mereka.
(vi)Guru berbincang dan membuat kesimpulan hasil pembentangan murid.
Kemahiran berfikir
Penyerapan isi Kajian Tempatan
BCB-melapor
Nilai
Kerjasama
Tolak ansur
Langkah 3
(20 minit)
Guru memberi latihan kepada murid-murid.







Aktiviti pemulihan
(i) Guru memberi arahan dan penerangan kepada murid tentang cara membina karangan.
(ii)Guru mengedarkan lembaran kerja/latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek berkaitan perayaan di Malaysia.
(iii)Guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihann dengan menyediakan teks cerita yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong. 
Latihan
Lembaran kerja
Buku latihan
Nilai
Yakin
Berdikari

Penutup
(5 minit)
Guru mengedarkan lembaran kerja dan membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar sambil bersoaljawab dengan murid tentang nilai dan isi pelajaran yang telah dipelajari.
(i)Murid diminta membuat latihan di rumah sebagai aktiviti pengukuhan dan pemulihan untuk menambah pemahaman mereka.
(ii)Murid diminta menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.
(iii)Semua murid berdiri dan menyanyikan lagu “Selamat Hari Raya” secara beramai-ramai sambil bersalam-salaman bersama dengan rakan mereka diiringi pita rakaman radio kaset.








 
 
 

No comments:

Post a Comment