Nota BM



Abstrak Pada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya dalam abad ke-21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, bahasa Melayu yang diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. Persaingan yang paling hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini ialah pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, tumpuan kertas kerja ini ialah membincangkan cabaran pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat, cabaran bahasa Melayu terhadap sikap penuturnya dan cabaran bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa Melayu. Jadi, pelbagai seminar atau pembentangan telah dijalankan, kegusaran bahasa Melayu terus membimbangkan pada setiap insan yang mencintai bahasa Melayu. Melalui kertas kerja ini, perbincangan akan ditumpukan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam abad ke-21 supaya cabaran-cabaran tersebut tidak membantut perkembangan bahasa Melayu pada masa akan datang. Justeru, cabaran- cabaran ini tidak akan mengancam kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan di Malaysia pada abad ke-21. Isu-isu akan dibincangkan secara satu persatu supaya jelas tentang cabaran-cabaran tersebut.

 PENDAHULUAN
Sebelum mengorak melangkah untuk membicarakan cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21, penulis ingin mengajak sekalian dahulu berkenaan bahasa Melayu. Menurut Prof. Dato’ Awang Had Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu. Jadi, Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ini hendaklah digunakan di dalam urusan rasmi dalam semua bidang. Walaupun terdapat pelbagai halangan, penggunaan Bahasa Kebangsaan tetap berjalan dengan lancar. Untuk memenuhi kehendak tersebut, pada peringkat awal, Bahasa Kebangsaan telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah rendah atau menengah, khususnya sekolah yang bahasa pengantarnya bukan bahasa Melayu.. Pada peringkat yang terkemudian, apabila kedudukan Bahasa Kebangsaan ini sudah cukup matang dan stabil, barulah wujud pula keperluan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat dan memupuk keperibadian Malaysia, maka istilah Bahasa Malaysia telah digunakan. Manakala cabaran pula ialah sesuatu iaitu unsur, atau faktor yang mencabar,menguji, kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2005). Oleh itu cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21 bermaksud mencabar kemampuan bahasa Melayu dalam menuju abad ke-21 atau dipanggil era globalisasi. Jadi, abad ke-21 atau lebih dikenali sebagai era globalisasi merupakan satu zaman yang penuh dengan cabaran terutama kedudukan bahasa Melayu di negara ini. Persoalannya, apakah cabaran bahasa Melayu mempunyai kemampuan dalam abad ke-21. Adakah cabaran-cabaran itu menidakkan kedudukan bahasa Melayu di negara ini? Oleh yang demikian, harapan kita terhadap bahasa Melayu terlalu besar. Bahasa Melayu harus berupaya menggambarkan kelahiran fikiran, kreativiti dan aktiviti besar bangsa Malaysia. Cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21, perlu ditangani dengan berhati-hati supaya bahasa Melayu terus hidup dan mampu bersaing di peringkat antara bangsa. Kajian ini akan membincangkan cabaran dalam memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dengan perbincangan tertumpu kepada cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat, cabaran bahasa Melayu terhadap sikap penutur cabaran bahasa Melayu dalam penggunaannya. Skop perbincangan kertas kerja ini menumpukan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam abad ke-21. Oleh yang demikian, penulisan kertas kerja ini membataskan tentang cabaran bahasa Melayu dalam menghadapi abad ke-21.

Mendepani Cabaran
Kemampuan dan keberkesanan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang termasuk bidang ilmu sudah terbukti. Namun begitu, sepanjang sedekad bahasa itu menjalankan fungsinya pelbagai cabaran sentiasa menantinya. Cabaran ini kadang-kadang mampu memberi kesan kepada bahasa tersebut secara serta-merta ataupun perlahan-lahan. Sekiranya ingin melihat bahasa Melayu masih relevan, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing.
Pihak kerajaan semestinya memastikan kedudukan bahasa Melayu itu jelas-sejelasnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebarang dasar yang ingin diperkenalkan perlulah dikaji dengan lebih teliti sebelum diputuskan. Tidak dinafikan, kedudukan bahasa Melayu hari ini sudah terjejas, namun masih belum terlambat rasanya untuk pihak kerajaan mengukuhkannya kembali. Antara lain kerajaan haruslah memberi peluang kepada bahasa Melayu menjalankan fungsinya sebagai bahasa ilmu secara holistik. Tidak ada rugi sekiranya bahasa Melayu digunakan secara sepenuhnya dalam bidang ilmu di negara kita. Sejarah lampau membuktikan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dengan melahirkan pelbagai teknokrat dalam pelbagai bidang.
Golongan sasaran lain ialah para intelek yang dilihat mampu mengangkat kembali martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Para pensyarah dalam pelbagai bidang perlulah mengambil peluang untuk menghasilkan karya mereka dalam bahasa Melayu sebagai menyahut saranan ini. Penghasilan karya dalam bahasa Melayu sudah pasti dapat menyemarakkan lagi industri penerbitan buku dalam bahasa Melayu. Perkara ini penting kerana sejak kebelakangan ini, kebanyakan karya yang dihasilkan oleh tenaga akademik adalah dalam bahasa Melayu. Keadaan ini sungguh mendukacitakan kita semua. Tiada salahnya sesuatu karya tidak kira apa sekali bidangnya dihasilkan dalam bahasa Melayu. Hal ini juga dapat menyuburkan minat membaca terutama kepada bangsa Melayu khususnya yang dilihat kurang membaca karya bersifat ilmu jika dibandingkan buku-buku hiburan yang mungkin salah satu disebabkan kebanyakan karya mempunyai nilai ilmu yang tinggi dihasilkan dalam bahasa Inggeris. Kreativiti dan kebijaksanaan golongan cendekiawan mengungkapkan ilmu dan dalam bahasa Melayu jugalah yang akan menentukan kejayaan bangsa Malaysia pada masa akan datang. Golongan intelektual yang mahir dalam bahasa Inggeris dan tidak kreatif untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu tidak boleh disandarkan harapan terhadap mereka untuk membina tradisi intelektual dengan menghasilkan buku dalam bahasa Melayu. Golongan ini sering mendakwa dan memberi alasan tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Yang anehnya, pada masa yang sama golongan ini tidak pula produktif menghasilkan buku dalam bahasa Inggeris.Mereka gagal mengetegahkan fikiran dan sumbangan yang bererti terhadap masyarakat.
Setiap individu juga mesti sedar bahawa tiada negara yang maju
Sikap dan interpretasi terhadap bahasa Melayu perlu diubah. Ini bukan bermakna bahasa Inggeris harus ditolak ke tepi. Sewajarnya bahasa kedua itu perlu juga giat dipelajari, namun janganlah sehingga menjejaskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan terus bahasa Melayu menjadi wahana ilmu pengetahuan yang tinggi dan berwibawa.
KESIMPULAN
Kemampuan bahasa Melayu jelas terbukti. Sesungguhnya bahasa Melayu telah melalui pelbagai ujian yang memberi kekuatan kepada bahasa itu sendiri. Walaupun cabaran itu belum berakhir, ketahanan bahasa Melayu sebagai wahana khususnya dalam bidang ilmu tidaklah dapat dinafikan.Ratusan ribu graduan telah berjaya dihasilkan melalui penggunaan bahasa tersebut sebagai pengantar ilmu. Graduan-graduan ini membentuk golongan teknokrat dan profesional yang bertanggungjawab memimpin negara serta memajukan negara. Sebagai bangsa Malaysia, semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan bahasa Melayu tidak lagi diselimuti kegagalan dalam menjalankan tugasnya sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan. Sebagai lambang lambang kebangsaan dan lambang identiti nasional, maka rakyat pelbagai kaum perlu menyemai sikap bahasa yang positif dan menjunjung bahasa itu sesuai dengan kedudukan dan statusnya. Bahasa Melayu sewajibnya menjadi bahasa komunikasi yang lebih luas dan mutlak serta paling efektif bagi rakyat Malaysia. Sehubungan itu, seluruh rakyat perlu kembali mengangkat martabat bahasa Melayu setidak-tidaknya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan kerana perkara ini telah dijelaskan dengan sah dalam Perlembagaan negara.
dengan hanya menggunakan satu bahasa seperti bahasa Inggeris. Rakyat yang merdeka sebenarnya mereka yang dapat berfikir dan bertindak selaras dengan budayanya sendiri tanpa dipengaruhi oleh budaya yang lain. Hari ini kita lihat generasi muda kebanyakannya tidak mempunyai jati diri yang tinggi. Salah satu sebab mungkin kerana budaya pemikiran hari ini sudah tidak selari dengan cara berfikir dalam budaya kita. Budaya kita mempuyai nilai-nilai yang mulia dan baik dapat diungkapkan melalui budi dan bahasanya. Seterusnya bahasa pula mencerminkan bangsa. Sudah tiba masanya kita kembali berbangga dengan bahasa Melayu. Bahasa ini mesti dinobat sebagai bahasa tinggi bukan sahaja dari sudut keilmuan malahan kepada tamadun yang unggul
 


No comments:

Post a Comment