Sambutan Perayaan di Malaysia
Monday, December 3, 2012
Wednesday, November 21, 2012
Memartabatkan Bahasa Melayu
Cabaran Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
Oleh yang demikian, pemerkasaan bermaksud menjadikan sesuatu itu berwibawa, dominan, kuat, hebat, terkenal, berdaulat, dominan, dan sebagainya.[Kamus Dewan Edisi Ke-4,2005] Justeru, pemerkasaan bahasa Melayu bermaksud menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang hebat, terkenal, berdaulat dan dominan di dunia ; hebat dari segi kandungan ilmunya, keintelektualannya, keluasan penggunaannya, nilai ekonominya dan keterbacaannya.[Prof,Dr, Hashim Hj.Musa,2009] Pada masa ini, sistem pendidikan negara berpengantarkan bahasa Melayu seperti yang tercatat dalam Perkara 152 Perlembagaan Negara iaitu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Dalam abad ke-21, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran apabila pada tahun 2003, sains dan matematik dalam semua peringkat diajar dalam bahasa Inggeris. Senario ini telah memberi impak kepada kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Pejuang-pejuang bahasa telah bersatu hati untuk mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu, Seminar-seminar, pembentangan kertas kerja dan sebagainya telah diadakan bukan sahaja di dalam negara malahan di luar negara. Tidak cukup dengan itu, badan NGO dan bukan NGO turut bersama-sama untuk memastikan bahasa Melayu perlu dikembalikan dalam mata pelajaran sains dan matematik. Pada tahun 2010,, Tan Sri Muhiyidin Yasin,Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pada tahun 2012, mata pelajaran Sains dan matematik akan diajar dalam bahasa Melayu. Langkah ini, telah menjadikan bahasa Melayu kembali dominan dan diperkasa. Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris, tetapi kefahaman sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda. Justeru, ada yang menganggap bahawa orang Melayu atau negara ini tidak akan maju jikalau orang Melayu tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Perlu diingati, negara Jepun, Korea Selatan dan banyak negara lain masih menggunakan bahasa ibunda dalam semua bidang. Pemerkasaan bahasa ibunda mereka, telah menjadikan negara mereka maju malah lebih maju daripada negara barat. Selain itu, masyarakat sudah mula menunjukkan pentingnya peneguhan dan penegasan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Maksudnya, masyarakat sudah sedar betapa pentingnya bahasa Melayu dan kini wujudnya generasi yang mahu mempelajari dan mahir menggunakan bahasa Melayu. Menurut Dr. Nik Safiah Karim[1993], Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari perspektif penggunaannya dalam jentera pentadbiran, dalam sistem pendidikan, dan dalam beberapa domain utama kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia. Kita boleh berbangga dengan kejayaan tersebut. Namun cabaran yang lain timbul pula, iaitu dalam bentuk penggemblengan usaha daripada pelbagai pihak yang masih diperlukan untuk melestarikan (mengekalkan atau menetapkan) sekali gus mempertingkatkan mutu bahasa yang digunakan. Dalam kata lain, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan bahasa Melayu terus diperkasakan agar cabaran abad ke-21 tidak meminggirkan bahasa Melayu sama ada dalam sistem pendidikan atau pentadbiran.

Wednesday, October 31, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)